Pengalaman. Keyakinan.

TALIAN PELABUR : +603 2785 9900


DANA & PRODUK



 
 
 

DANA & PRODUK



Produk :: 
Saya Mahu Melabur :: 
KAEDAH MELABUR

 

Belian Terus

 

Anda boleh membeli secara terus daripada ibu pejabat kami di Kuala Lumpur atau Pejabat Wilayah di Kuching (Sarawak), Kota Kinabalu (Sabah), Johor Bahru (Johor), Kuantan (Pahang) dan Seberang Jaya (Pulau Pinang), Selain tiu, terdapat beberapa pejabat agensi yang diurus oleh Perunding Unit Amanah kami di seluruh negara . Anda juga boleh membeli dana-dana unit amanah daripada mana-mana Perunding Unit Amanah dan Penasihat Institusi Saham Amanah  (IUTA), iaitu: Apex Investment Services Berhad, Phillip Mutual Berhad dan iFast Sendirian Berhad.

 


Khidmat Autodebit

 

Anda juga boleh melabur ke dalam mana-mana dana unit amanah kami secara tetap dengan cara paling mudah dan selamat menerusi perkhidmatan autodebit.  Autodebit merupakan kemudahan arahan tetap yang disediakan oleh bank-bank komersil.  Kami bekerjasama dengan empat bank bagi menyediakan kemudahan perkhidmatan Autodebit kepada anda, para pelabur kami.  Bank-bank tersebut ialah:

 

   Maybank Berhad

   Bank Simpanan Nasional

   CIMB Bank Berhad

   RHB Bank Berhad

Bagi menggunakan perkhidmatan ini, anda perlu mempunyai/membuka akaun (simpanan/semasa) dengan mana-mana empat bank yang dinyatakan di atas.  Jumlah minimum bagi setiap transaksi ialah RM50.

 

Bank-bank tersebut turut menyediakan Perkhidmatan Kutipan untuk anda, para pelabur yang kami hargai.  Bagi anda yang bercadang untuk menambah pelaburan pada bila-bila masa dalam dana unit amanah, anda boleh lakukan dengan menyerah permohonan pelaburan  kepada mana-mana bank tersebut.  


Potongan Gaji

 

Anda juga boleh melabur secara tetap menerusi potongan gaji melalui ANGKASA (bagi kakitangan Kerajaan) atau dengan kebenaran majikan (bagi kakitangan sektor swasta). 

 

Jumlah minimum bagi potongan bulanan ialah RM10.  Unit akan diperuntukkan mengikut harga jualan pada hari yang sama wang dikreditkan ke dalam akaun kami.


Kemudahan Dalam Talian

 

Kami menawarkan kemudahan pelaburan dalam talian untuk dana unit amanah kami menerusi rakan niaga kami :

 







    

    

 

Perkhidmatan Nominee

 

Kami amat memahami kepentingan melabur di peringkat awal kehidupan kita namun dengan kos sara hidup yang tinggi, pelaburan bukan menjadi keutamaan.   Dengan mengambil kira perkara tersebut, Pelaburan MARA Berhad, syarikat induk PMB Investment Berhad (PMB Investment) telah menubuhkan PMB Nominees (Tempatan) Sdn. Bhd.  PMB Nominees menyediakan perkhidmatan kepada pelabur runcit untuk melabur sekurang-kurangnya RM10 bagi setiap pelaburan dalam dana unit amanah yang diuruskan oleh PMB Investment menerusi PMB Bijak.

 

Hakcipta © 2007-2017 PMB Investment Berhad. Paparan terbaik adalah di desktop dengan menggunakan versi terkini Mozilla Firefox atau Google Chrome. Versi lama Internet Explorer mungkin tidak serasi.

Terma & Syarat     Penafian   Privasi & Dasar