Know-How. No Doubt.

INVESTOR CARELINE : +603 2785 9900


NEWS & HIGHLIGHTS



 
 
 

NEWS & PROMOTIONS



News & Promotion :: 
 :: Dana PMB Investment Menangi 3 Anugerah


PMB Investment Berhad (256439-D)
Level 20, 1 Sentral, Jalan Rakyat, KL Sentral, 50470 Kuala Lumpur.
Tel: 03 2785 9800 / 03 2785 9900
Fax: 03 2985 9901

 

K E N Y A T A A N   M E D I A

 

DANA PMB INVESTMENT MENANGI 3 ANUGERAH

 

PMB Investment Berhad (PMB Investment), sebuah anak syarikat milik penuh Pelaburan MARA Berhad, melalui salah satu dana di bawah pengurusannya, PMB Shariah Aggressive Fund (PMB SAF), telah berjaya memenangi tiga anugerah pada Majlis Penganugerahan The Edge | Thomson Reuters Lipper Fund Awards 2016 pada 7 Mac 2016.

 

“Kami bersyukur dengan penganugerahan ini. Anugerah ini memberi keyakinan kepada kami untuk meneruskan pendekatan pelaburan yang sistematik dan disiplin yang digunapakai bukan sahaja untuk PMB SAF tetapi juga untuk dana-dana lain kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment, Ameer Ali Mohamed.

 

PMB SAF memenangi Anugerah Dana Ekuiti Terbaik Malaysia Keseluruhan bagi tempoh 3 tahun berakhir 31 Disember 2015. Selain itu, ia juga memenangi Anugerah Dana Ekuiti Patuh Syariah Terbaik bagi tempoh 3 dan 5 tahun berakhir 31 Disember 2015.

 

Berdasarkan kepada The Edge-Lipper Table, PMB SAF mencatat jumlah pulangan sebanyak 41 peratus bagi tempoh setahun,  92 peratus bagi tempoh 3 tahun dan 111 peratus bagi tempoh 5 tahun berakhir 31 Disember 2015.

 

Sebelum ini, PMB SAF pernah memenangi Anugerah Dana Terbaik di The Edge | Lipper Fund Awards 2014 bagi Kategori Ekuiti Syariah Malaysia bagi tempoh 3 tahun berakhir 31 Disember 2013.

 

“Alhamdulillah, saiz dana PMB SAF meningkat 148% pada tahun lepas kepada RM45 juta,” kata Ameer dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

 

PMB SAF ialah sebuah dana ekuiti bertujuan mencapai pulangan modal tinggi dalam jangka sederhana hingga panjang melalui pelaburan dalam sekuriti berlandaskan prinsip Syariah. Ia sesuai untuk pelabur-pelabur yang mempunyai selera risko yang tinggi.

 

“Selain PMB SAF, kami turut menawarkan dana-dana ekuiti lain yang mempunyai strategi pelaburan yang berbeza dan dengan itu mempunyai tahap risiko yang berbeza, kerana kami faham setiap pelabur mempunyai selera risiko yang berbeza.”

 

“Salah satu daripadanya ialah PMB Shariah Growth Fund yang menduduki tempat kedua bagi tempoh tiga tahun. Jumlah pulangan dana tersebut ialah 36 peratus bagi tempoh setahun dan 56 peratus bagi tempoh tiga tahun berakhir 31 Disember 2015,” ujar Ameer.

 

PMB Investment berupa anak syarikat milik penuh Pelaburan MARA Berhad, sebuah syarikat pelopor pengurusan saham amanah di Malaysia dengan pengalaman hampir lima dekad dalam pengurusan saham amanah dan pengurusan portfolio. PMB Investment berupa sebuah syarikat pengurusan dana Islamik (Islamic Fund Management Company, IFMC) dan mengurus 13 dana unit amanah, dua dana borong dan beberapa akaun portfolio dengan pelaburan dalam kelas-kelas aset traidisional – ekuiti, sukuk dan pasaran wang berjumlah RM1.18 billion pada akhir tahun 2015.

  

  -- TAMAT --


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Marina Ghazali
Ketua, Komunikasi Pemasaran

T      : 03 - 2785 9800
F      : 03 - 2785 9901
E      : marina@pelaburanmara.com.my




Announcement

We would like to advise our valued investors to update your latest contact details to enable us to serve you better. Please state your name, IC number (old and new), current address, phone no and send them to:

Fax : 03 2785 9901
Email : investorrelation@pelaburanmara.com.my
Tel : 03 2785 9800/03 2785 9900

 

Copyright © 2007-2017 PMB Investment Berhad. Best viewed on desktop using latest Mozilla Firefox or Google Chrome. Lower version of Internet Explorer may not be compatible.

Terms and Conditions     Disclaimer   Privacy & Policy