Pengalaman. Keyakinan.

TALIAN PELABUR : +603 2785 9900


Notis ini bertujuan memaklumkan mengenai amalan Pelaburan MARA Berhad dan syarikat-syarikat subsidiari dan syarikat- syarikat gabungan (dirujuk sebagai "Kumpulan Pelaburan MARA", atau "kami") berkaitan dengan pengumpulan, penggunaan dan penzahiran maklumat peribadi para individu (dirujuk sebagai "anda") yang memohon untuk, sedang, atau pernah, bekerja dengan Kumpulan Pelaburan MARA. Maklumat peribadi termasuklah yang berkaitan dengan tanggungan, waris atau mana-mana orang yang berkaitan dengan, anda. 

Pernyataan Polisi Privasi 
Kumpulan Pelaburan MARA komited untuk melindungi maklumat-maklumat peribadi anda dan memberikan keyakinan kepada anda bahawa kami mengurus dan mentabdir maklumat-maklumat tersebut selaras dengan undang-undang, peraturan- peraturan, garispanduan-garispanduan dan kod amalan, yang berkaitan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa terbabit.

 

Apakah Maklumat Peribadi Kami Perolehi 

  • Maklumat-maklumat peribadi yang kami perolehi daripada anda (tetapi tidak terhad kepada):-
  • Maklumat peribadi, antaranya nama, nombor identiti, tarikh lahir, status perkahwinan, kewarganegaraan, kaum, jantina dan agama;
  • Maklumat perhubungan, antaranya alamat, nombor telefon, dan alamat emel;
  • Pendidikan dan latihan, antaranya latarbelakang pendidikan, lesen atau pensijilan professional, dan kursus latihan;
  • Pekerjaan, prestasi, pampasan dan manfaat, antaranya tarikh bekerja, semakan prestasi, penggajian dan bonus, dan hak kelayakan;
  • Sejarah pekerjaan;
  • Maklumat kewangan, antaranya akaun bank, nombor KWSP, dan kemudahan kewangan;
  • Rekod kesihatan, antaranya penyakit dan ketidakupayaan;
  • Foto dan lain-lain imej visual

Adalah perlu bagi anda untuk membekalkan maklumat-maklumat peribadi anda berkaitan dengan pengwujudan atau penerusan hubungan kerja di antara Kumpulan Pelaburan MARA dan anda. Sekiranya anda memilih untuk tidak membekalkan maklumat peribadi, Kumpulan Pelaburan MARA berkemungkinan tidak berupaya mempertimbangkan permohonan kerja anda, atau mentadbir dan mengurus dengan cekap dan berkesan kewajipan sumber manusia kepada anda. 

Bila mana kami memperolehi maklumat peribadi anda yang sensitif, ianya akan dilakukan untuk tujuan yang dibenarkan oleh undang-undang atau apabila persetujuan bertulis anda diperolehi. 


Tujuan Maklumat Peribadi Anda 
Kami memperolehi dan memproses maklumat-maklumat peribadi anda untuk tujuan atau tujuan-tujuan berikut: 

  • Perjawatan, antaranya perancangan tenaga kerja, pengambilan, penyusunan semula, persaraan dan perancangan penggantian;
  • Pampasan, senarai gaji, dan perancangan dan pentadbiran manfaat;
  • Pengurusan prestasi dan ganjaran;
  • Perhubungan pekerja;
  • Pembangunan tenaga kerja, pendidikan dan latihan
  • Perancangan dan pembangunan organisasi, dan pengurusan tenaga kerja;
  • Rujukan pekerja dan tapisan latarbelakang;
  • Capaian kepada aplikasi atau sistem berkaitan dengan tugas kerja;
  • Pematuhan kepada peraturan dan polisi dalaman;
  • Pematuhan kepada kehendak undang- undang, peraturan dan/atau garispanduan di mana Kumpulan Pelaburan MARA adalah tertakluk di bawahnya;
  • Tujuan pengauditan, pematuhan dan/atau pengurusan risiko;
  • Pentadbiran rungutan dan aduan;
  • Sebarang tujuan yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang, peraturan, garispanduan dan/atau badan- badan kawalselia;


Sumber Maklumat Peribadi 
Kami memperolehi maklumat-maklumat peribadi anda daripada (tetapi tidak terhad) sumber-sumber berikut:

  • Hubungan anda dengan kami, antaranya borang permohonan kerja dan resume anda;
  • Komunikasi lisan atau bertulis anda dengan pihak kami antaranya panggilan telefon, emel atau capaian anda kepada laman sesawang kami;
  • Pihak ketiga yang memberikan perkhidmatan kepada kami, antaranya institusi kesihatan dan/atau agensi pekerjaan;
  • Mana-mana pihak ketiga yang berkaitan dengan anda, antaranya majikan terkini atau terdahulu, dan/atau perujuk anda, tertakluk kepada persetujuan anda; dan/atau
  • Sumber-sumber maklumat yang terbuka, antaranya media elektronik, cetak atau siaran.


Penzahiran Maklumat Peribadi Anda 
Kami mungkin menzahirkan maklumat peribadi anda kepada pihak berikut:

  • Sesiapa yang diberi kuasa atau dilantik oleh Kumpulan Pelaburan MARA, antaranya kakitangan, ajen, perunding atau organisasi yang melaksanakan aktiviti dan proses berkaitan dengan tujuan maklumat peribadi diperolehi dan diproses;
  • Sebarang orang yang peruntukkan di bawah undang-undang, badan kawalselia, mahkamah atau tribunal
  • Pihak-pihak yang dinyatakan di atas dalam keadaan tertentu berada di luar Malaysia. 

 

Hak Anda untuk Mencapai dan Membetulkan Maklumat Peribadi 
Anda berhak untuk mencapai dan membetulkan maklumat peribadi anda di dalam simpanan Kumpulan Pelaburan MARA. Capaian dan pembetulan maklumat peribadi anda hendaklah melalui permohonan bertulis dan diserahkan ke alamat atau melalui emel yang diberikan di penghujung Notis Privasi ini. 

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan maklumat peribadi anda adalah tepat, lengkap, terkini dan benar. 

 

Keselamatan Maklumat Peribadi Anda 
Kumpulan Pelaburan MARA berusaha mengekalkan langkah-langkah keselamatan fizikal, teknikal dan prosedur, direncana untuk menghalang maklumat peribadi anda dari hilang dan dicapai, disalin, diguna, diubah atau dizahirkan tanpa kebenaran. 

Butir-butir perhubungan kami adalah seperti berikut


Alamat surat-menyurat
Bahagian Pengurusan Modal Insan
Pelaburan MARA Berhad
Tingkat 5, Wisma PMB,
No. 1A, Jalan Lumut
50400 Kuala Lumpur

Emel: hrd@pelaburanmara.com.my
No. Telefon: (03) 4145 3800
No. Faks: (03) 4145 3801
Hubungi: Pengurus, Pengurusan Modal Insan
 

Kumpulan Pelaburan MARA berhak untuk meminda/mengubah Notis Privasi dari masa ke semasa. 
Jika terdapat sebarang percanggahan Notis Privasi ini di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, Notis Privasi versi Bahasa Inggeris adalah digunapakai.


Saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan pernyataan di atas


Saya tidak bersetuju, kembali ke halaman Pelaburan PMB

KERJAYA



 
 
 

KERJAYA






Kerjaya :: Kakitangan




Kerjaya :: Perunding unit amanah






Hakcipta © 2007-2017 PMB Investment Berhad. Paparan terbaik adalah di desktop dengan menggunakan versi terkini Mozilla Firefox atau Google Chrome. Versi lama Internet Explorer mungkin tidak serasi.

Terma & Syarat     Penafian   Privasi & Dasar